Friday, November 2, 2007

Dasar Malingsia

Congkak (Congklak?)

Merupakan jenis permainan Anjung.
Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir.
Bilangan pemain ialah seorang sepasukan.
Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak.
Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9.
Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

Barongan (Reog?)

Barongan menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Allah Sulaiman
dengan binatang-binatang yang boleh bercakap.
Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya.
Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau
dan keduanya terus menari.
Tiba-tiba Pamong (Juru Iring) bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja
yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu..
Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi.
Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor.
Muzik Gamelan
Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah.
Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan
dan diikui oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah.
Puteri mereka iaitu Tengku Meriam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman
dan telah membawa gamelan ke Terengganu.
Muzik ini dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana
dan untuk mengiringi joget Pahang.
Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang
dan penarinya adalah wanita seramai enam orang.
Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan,
Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I
dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.

Tari Piring
Diperkenalkan dari Sumatera, khususnya dari daerah Rawa. Pada kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta kampung. Tarian ini mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana disebut juga ayun atau buai. Selain itu, tarian ini juga menekankan mimik muka. Selain itu terdapat sepasang cincin yang memiliki dua fungsi iaitu sebagai pakaian dan juga sebagai alat muzik di mana ianya berfungsi mengeluarkan bunyi apabila dilagakan kepada piring mengikut rentak gong.
Tari Kuda
Kepang Kuda Kepang menampakkan pengaruh Jawa dan Islam. Pengaruh Jawa terlihat pada pakaian penari-penari, sedangkan pengaruh Islam tersimpul dalam cerita tariannya. Ia mengisahkan peristiwa peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dengan penuh kegagahan memperjuangkan Islam. Kononnya Kuda Kepang dicipta di negeri Jawa sempena usaha sembilan orang wali (Wali Songo) yang menyebarkan agama Islam.

1 comment:

Anonymous said...

hahahaha

dasar malaysia maliiiiing
liat aja di kesenian reog (yang mereka bilang barongan), masak jaman nabi sulaiman ada yg namanya GARONG(nama jawa banget!!!!gak ada mirip2nya sama jaman nabi sulaiman!!!)